SAHABAT SEJATI
Sahabat sejati,
Paling sukar dicari.
Akhlak mulia hiasan diri,
Tingkah lakunya menarik hati.
Hatinya luhur berbudi bahasa,
Tiada dendam apalagi curiga.
Andainya perselisilhan terjadi,
Dia hanya mendiamkan diri.
Bertolak ansur sesama rakan,
Bantu-membantu jadi amalan.
Adap sopan kepada orang tua,
Hormati guru juga ibubapa.
Terus berusaha hingga berjaya,
Untuk mencapai cita-cita.
Sentiasa bersedia menhadapi cabaran,
Tabah dan cekal dalam dugaan.
Elak diri daripada perkara negatif,
Sentiasa berfikiran positif dan kreaatif.
Jauhi larangan patuhi arahan,
Itulah pekerti insan budiman.
Akur perintah ibubapa,
Taat perintah guru semua.
Tidak mudah berputus asa,
Sekali gagal terus berusaha.
ITULAH SIFAT SAHABAT SEJATI,
MAHU DIMILIKI,CUBA DICARI...
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus sajak ni.....
ReplyDelete